Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk
tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian
besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja
iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada
itu.
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda
memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada
kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan
mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi
tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di
dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap
sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan
yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan
rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang
kepada keasidan di dalam badan.
Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat
membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:
1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam
badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan
asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat
boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap
keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem
pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid
yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa
mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam
persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak
atau tidak sihat akan bersifat asid.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH
badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya
pH badan kembali beralkali.
2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan
dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan.
Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu
dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta
mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan
mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia
lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah
diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang
lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam
tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat
dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk
memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh
badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak
akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan
air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh
memberikan kesihatan yang optimum.
4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang
kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada
tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan.
Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan
oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh
badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai
beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak
aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa
air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang
yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik
seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan
air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan
seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini
kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air
alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.
6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah
disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di
sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila
bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen
antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan
kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal
bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia
bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal
bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses
penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan
bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah
kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia
bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana
oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan
pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah
berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya
menyingkirkan dari tubuh badan.
8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila
dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan
oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air
boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan
apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang
indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti
‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak
menarik dan terpecah-pecah.
Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori
dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam
yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah
boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum
sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang
diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang
bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.
Sumber:http://www.anugerahquran.com/blog/8-sebab-kenapa-air-alkali-adalah-penawar-kesihatan-terbaik/