Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan
menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan
aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan
sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu
mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan
merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam,
atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik
serta tumbuh-tumbuhan air.
SUMBER:http://pencemaran-pencemaran.blogspot.my/2010/08/pencemaran-air.html
No comments:
Post a Comment